Cara Beli Rumah & Property Pada Tahun 2020 – 2021

Anda bersedia membeli rumah sekarang beli rumah tanpa deposit 2021 Cara pembelian rumah di Malaysia

Beli rumah tapi tak pasti caranya? Mungkin Artikel Cara Beli Rumah Pada Tahun 2020 – 2021  boleh membantu anda membeli rumah yang anda impikan.

Dalam Artikel Cara Beli Rumah Pada Tahun 2020 – 2021 kita akan bercerita mengenai Cara Beli Rumah Second Hand. Pembelian rumah second-hand adalah berbeza dengan pembelian rumah lelong ataupun dari pihak pemaju. 

Jom ikuti Cara Beli Rumah!

1 : Ketahui Kos Membeli Rumah


Sebelum anda membuat apa-apa, anda perlu tahu samaada anda mempunyai wang yang mencukupi. Oleh itu, anda patut mengetahui kos untuk membeli rumah.

Mula- mula cuba buat anggaran harga rumah yang anda nak beli.

Sebagai contoh, Harga rumah yang nak beli RM300,000 dan harga pinjaman perumahan RM270,000 ( 90% margin x harga rumah)

Tuliskan kos membeli rumah seperti berikut.
a. Deposit Rumah :

10% x Harga Rumah RM300k= RM30,000

b. Yuran guaman SPA & Duti Setem :

3-4% x Harga Rumah = RM9000-RM12,000

c. Yuran Guaman Loan & Yuran Penilaian Bank ( boleh dipinjam sekali dengan pinjaman perumahan) :

2-3% x Harga Pinjaman RM270,000 = RM5400 – RM8100

Jumlah kos membeli rumah : RM44,400 – RM50,100

Lebih kurang 15%-17% dari harga rumah.

Kos membeli rumah diatas tidak termasuk, pembelian insuran, perabot, renovation dan lain-lain kos. Mungkin anda, perlu menyimpan lebih sedikit.

cara beli rumah

2 : Semak CCRIS Report

Anda perlu semak CCRIS Report. Ya, semak CCRIS report.

CCRIS report adalah dokumen yang penting dan digunakan oleh pihak bank untuk menganalisis kedudukan kewangan anda.

Di dalam CCRIS Report akan tersenarai segala hutang-piutang anda dengan pihak bank. Bukan itu sahaja, report itu juga akan memberitahu pihak bank samaada anda membayar hutang bulanan dengan up-to-date atau tidak membayarnya langsung.

Melalui CCRIS Report, pihak bank dapat membaca karakter seseorang peminjam samaada anda peminjam yang baik atau sebaliknya.

Anda boleh mendapat CCRIS report di Bank Negara atau pun melalui CTOSCredit.com.my

cara beli rumah 2020

3 :Semak Kelayakkan Untuk Pinjaman

Untuk mengetahui samaada anda layak mendapat pinjaman, anda mempunyai 3 cara untuk mengetahuinya.

Cara Pertama:
Walk-in ke mana-mana bank dan approach jurubank untuk tolong mengira kelayakkan anda. Pastikan anda membawa CCRIS report sekali. Tetapi, bukan setiap bank mempunyai garis panduan yang sama. Mungkin anda kena walk-in ke beberapa bank untuk mendapat kepastian.

Cara Kedua:
Anda boleh menelefon kami di MalaysiaHousingLoan.com dan perunding perumahan kami akan menolong anda mengira Kelayakkan. Kami akan mengira berdasarkan garis panduan beberapa bank. Dari situ kami boleh terus rekomenkan jurubank yang boleh menolong anda. Jika berminat, hubungi kami di 012-6946746.

Cara Ketiga:
Anda boleh membuat pengiraan sendiri dengan menggunakan formula ini.

Debt Service Ratio ( DSR) = ( Jumlah Hutang baru + Jumlah Hutang lama) / gaji bersih x 100

DSR hendaklah kurang dari 70%.
Sebagai contoh,
Jumlah hutang Baru ( instalment rumah yang baru)

= RM2000

Jumlah Hutang Lama :

Pinjaman Peribadi : RM300

Pinjaman Kereta : RM500

Jumlah Komitmen Lama : RM800

Jumlah Komitmen ialah : RM2000 + RM800 = RM2800

Katakan gaji bersih anda ialah RM5000. Ini ialah DSR anda.

DSR 56% = RM2800 / 5000 x 100

DSR 56% adalah kurang dari 70%. Oleh itu, anda mempunyai peluang yang tinggi untuk mendapat kelulusan bank.

cara beli rumah 2020

4: Survey Rumah

Bila anda sudah membuat 1-3, bolehlah sekarang untuk buat research cari rumah untuk beli.

Sebelum itu anda harus tahu, apakah tujuan anda membeli rumah ini? Untuk tinggal disini ataupun untuk pelaburan.

Beli Rumah untuk tujuan pelaburan adalah agak berbeza dengan beli rumah untuk tinggal sendiri.

Selepas itu, tulis di sekeping kertas dan catatkan rumah apa yang anda mahukan.

Contohnya,
Nak beli rumah aparment yang ada lift.

Rumah yang lebih kurang 10 kilometre dari tempat keje.

Rumah yang ada 3 bilik dan 2 tandas.

Rumah yang ada dua parking.

Harga Rumah dalam RM300,000. Maksima RM320,000.

Selepas itu, cuba survey rumah yang berdasarkan catatan anda. Anda mungkin tidak akan mendapat semua yang anda hendaki, tetapi anda akan mungkin mendapat sedikit dari list tersebut.

Catatan itu juga penting supaya anda tidak over budget bila membeli rumah. Kadang-kadang dalam proses mencari rumah yang sesuai kita akan lupa mengapa kita membeli rumah tersebut. Dan catitan ini akan mengingatkan kita.

cara beli rumah 2020

5: Beli Rumah

Anda sudah menjumpai rumah yang sesuai dan bersedia untuk membeli rumah tersebut.

Anda perlu pastikan yang anda hanya meletak deposit tidak melebihi dari 3.18% dari harga rumah kepada agent hartanah.

Pastikan anda memberi cek dan bukan wang tunai kepada agent tersebut.

Dan pembayaran tersebut haruslah kepada syarikat agent hartanah tersebut dan bukan nama individu.

Harus juga anda memberitahu agent tersebut yang anda memerlukan geran rumah dan Perjanjian Jual Beli yang terdahulu untuk membuat pinjaman dan agent tersebut harus mendapatkannya dari penjual.

cara beli rumah 2020

6: Mendapatkan Pinjaman Perumahan

Anda perlu sediakan dokumen dan pada masa yang sama bolehlah apply beberapa bank, mungkin dalam 2-3 bank.

Bila salah satu sudah mendapat kelulusan, anda bandingkan dan sign letter offer dengan satu bank sahaja.

Anda juga harus menandatangani perjanjian pinjaman dengan pihak bank dengan loan lawyer.

cara beli rumah 2020

7: Pilih SPA Lawyer

Sekarang anda harus memilih seorang SPA lawyer untuk membuat Perjanjian Jual Beli. Sebenarnya, semasa menunggu kelulusan bank, anda juga boleh start mencari SPA lawyer yang sesuai.

Calon-calon SPA lawyer yang bagus adalah yang efficient, cepat dan menjawab semua soalan anda dengat tepat.

Anda juga boleh menguna lawyer bank untuk menjadi SPA lawyer tapi jangan lupa untuk mendapatkan diskaun!

Kami juga mempunyai lawyer firm yang bagus untuk mengendalikan SPA dan Loan. Jika anda memerlukan quotation boleh lah klik disini.

Request SPA & Loan Quotation

cara beli rumah

8 : Jurunilai Bank Akan Site-visit Rumah

Jurunilai bank akan menelefon anda untuk membuat site-visit rumah yang dibeli.

Anda harus mengaturkan site-visit tersebut dengan agent atau penjual.

Jurunilai bank akan membuat valuation report yang menyatakan harga pasaran rumah tersebut.

Valuation Report akan dihantar ke bank. Jika valuation report lambat sampai ke pihak bank , ia akan menyebabkan kelambatan proses pengeluaran duit ke penjual dan anda mungkin akan dikenakan penalti dari penjual.

cara beli rumah

9: Follow up SPA dan Loan Lawyer

Kemungkinan anda akan mendapat kunci rumah dalam 3-4 bulan utk rumah freehold dan 5-6 bulan untuk rumah leasehold.

Sementara menunggu, anda juga perlu follow up lawyer anda untuk memastikan tiada proses kelewatan berlaku.

Mungkin anda boleh call lawyer anda setiap 2 minggu untuk mendapat update proses pembelian rumah anda.

cara beli rumah

10: Dapat Kunci Rumah

Akhirnya, selepas berbulan-bulan menunggu, anda dapat kunci rumah tersebut.

Tapi jangan lupa untuk memastikan, bil-bil rumah telah diselesaikan oleh penjual atau pembayaran dibahagikan adil semasa mendapat kunci rumah.

Sekarang, enjoy dan masa untuk renovate and shopping ! Yay!

Anda bersedia membeli rumah sekarang?

sumber : malaysiahousingloan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Download document

Enter your email before downloading this document

Compare