Nak beli rumah bukan senang kalau kita bukan orang ada-ada. Nak letak downpayment 10% pun dah cukup buat perut senak, apatah lagi memikirkan komitmen bayaran bulanan yang perlu ditanggung untuk biaya rumah dan pinjaman bank.

Memang selalu kita dengar harga rumah dah makin naik. Tapi itu tak bermaksud kita tak beri peluang pada diri sendiri untuk cuba mencari ‘option’ yang sesuai. Rajin-rajinlah berkunjung ke expo perumahan untuk lihat apa yang ada. Mungkin dengan adanya matlamat dan unit yang anda suka, anda akan lebih bersemangat untuk berusaha kearah memiliki rumah sendiri.

Macam-macam insentif yang ditawarkan kerajaan untuk membantu rakyat beli rumah. Kalau susah bagi anda nak keluarkan downpayment 10% untuk beli rumah pertama, jom lihat bagaimana anda boleh pindah masuk rumah sendiri tanpa deposit dengan pinjaman 100%!

Yang penting, pastikan ‘credit score’ anda berada dalam tahap yang sihat. Bayar bil dan pinjaman lain tepat pada masanya akan menentukan kebolehan anda untuk membuat bayaran balik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hibah bemaksud hadiah

February 28, 2020

Download document

Enter your email before downloading this document

Compare