Sistem Semakan Kelayakan Pembiayaan LPPSACarian Mengikut Agensi / Jabatan

Papar 102550100 entriCari:

BilNama Agensi / JabatanKelayakan
1AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA)LAYAK
2AKADEMI SAINS MALAYSIA (ASM)LAYAK
3AKADEMI SENI BUDAYA & WARISAN KEBUDAYAAN (ASWARA)LAYAK
4BALAI SENI LUKIS NEGARA (BSLN)LAYAK
5DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL)LAYAK
6HOSPITAL UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (HUKM)LAYAK
7HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (HUSM)LAYAK
8INSTITUT AKAUNTAN MALAYSIA (IAM)LAYAK
9INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA (IIM)LAYAK
10INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM)LAYAK

Memaparkan 1 ke 10 dari keseluruhan 267 entriSebelumSeterusnya

Badan Berkanun Yang LayakPembiayaan dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)

Apakah yang dimaksudkan dengan Kakitangan Kerajaan?
Apakah pula maksud Badan Berkanun?

Sebenarnya terdapat beberapa bahagian di dalam struktur pewujudan jawatan.

Contohnya seperti Badan Berkanun, adakah ia dikira Kakitangan Kerajaan? Jadual di bawah dikongsikan istilah atau terma yang perlu anda fahami untuk membezakan badan-badan yang ada di Malaysia.

BILTERMAMAKSUD
1KementerianMengikut Pekeliling Am Bil. 2/82, Kementerian adalah organisasi yang diwujudkan untuk menggubal dasar, merancangkan program-program dan melaksanakannya di bawah arahan dasar seorang menteri;
2Kementerian BersepaduKementerian Bersepadu ialah kementerian di mana unit/ bahagian yang tidak mempunyai kuasa tersendiri dari segi urusan pentadbiran, kewangan dan ketua unit/ bahagian itu tidak menjadi pegawai pengawal di dalam urusan kewangan. Contoh Kementerian Bersepadu ialah Kementerian Kesihatan, Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Pertahanan.
3Kementerian Tidak BersepaduKementerian Tidak Bersepadu ialah kementerian yang salah satu unit/ bahagiannya menjalankan fungsi-fungsi bersendiri dari segi urusan pentadbiran, kewangan dan kakitangan dan ketua unit/ bahagian itu adalah menjadi pegawai pengawal dalam urusan kewangannya. Contoh Kementerian Tidak Bersepadu ialah Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Dalam Negeri.
4JabatanDari segi susunan pentadbiran, jabatan adalah merupakan agensi pelaksana bagi sebuah kementerian atau pentadbiran negeri.
5Perbadanan Awam (Public Corporations)Perbadanan-perbadanan awam (public corporations) atau agensi-agensi separa kerajaan (semi-government agencies) adalah ditubuhkan di bawah undang-undang, sama ada diluluskan oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Misalnya, Majlis Amanah Rakyat (MARA) ialah sebuah Badan Berkanun Persekutuan dan Perbadanan Kemajuan/ Pembangunan Ekonomi Negeri ialah sebuah Badan Berkanun Negeri.
6Badan-Badan BerkanunBadan-badan berkanun adalah sebuah agensi separa kerajaan yang ditubuhkan di bawah peruntukan sesebuah Akta Parlimen atau Enakmen Dewan Undangan Negeri.
7Badan-Badan Tidak BerkanunBadan-Badan Tidak Berkanun ialah Syarikat-Syarikat Kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125). Badan-badan ini adalah bersifat dan beroperasi sebagai syarikat perniagaan yang biasa, hanya dari segi hak milik sahaja dipunyai oleh Kerajaan.
8Pihak Berkuasa Tempatan / Penguasa TempatanBerdasarkan Akta Kerajaan Tempatan 1976 Akta 171), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Kerajaan Tempatan ditafsirkan sebagai mana-mana Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah, mengikut mana-mana berkenaan, dan berhubungan dengan Wilayah Persekutuan ertinya Datuk Bandar Kuala Lumpur yang dilantik di bawah seksyen 4 Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 [Akta 190].

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Syarat Kelayakan

February 15, 2020

Download document

Enter your email before downloading this document

Compare