Rumah Mampu Milik di bawah harga pasaran & terletak di kawasan strategik.Tanpa Deposit - Tanpa Booking - Tanpa Downpayment - Percuma Yuran Guaman - Blacklist Layak Mohon - High Commitment Layak M
Anda Nak Jual Rumah? Nak tahu pasaran semasa? Tak tahu prosedur jual beli? Tidak mempunyai masa untuk menguruskan hartanah anda? Sudah cuba untuk menjual tetapi tidak berjaya? Beritahu kami jika anda
KENAPA PERLU BERURUSAN DENGAN EJEN
KENAPA PERLU BERURUSAN DENGAN EJEN HARTANAH BERDAFTAR? Ejen Hartanah Berdaftar wajib berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia di mana
Salak Perdana,Sepang,Acacia Residences Untuk Di Jual
Kenapa 2020 Best Beli Rumah Untuk Mereka Yang Layak ??? Tanpa Deposit Tanpa Booking Percuma Yuran Guaman Percuma 2 Lot Parkir Percuma Kabinet Dapur Percuma Kabinet Pakaian Percuma 2 Penghawa Dingin (Bilik Utama & Ruang Tamu).Salak Perdana, Sepang, Acacia Residences Untuk Di Jual 0192625146
KENAPA 2020 BEST BELI RUMAH UNTUK MEREKA YANG LAYAK ??? Yang paling penting..
1️⃣ Akan berlaku lambakan hartanah dibawah harga pasaran. Tunggu dan lihat selepas 6 bulan dari sekarang 2️⃣ Kadar faedah yang rendah. Awal tahun 2020 sahaja susah 2x OPR diturunkan 3️⃣ Pemaju akan offer macam2 pakej yang sangat best TAPI sila berhati2 untuk hartanah undercons. Pastikan anda enter jika projek tersebut 90% telah siap 4️⃣ Kadar sewa yang bakal anda peroleh adalah lebih tinggi kerana kadar faedah yang rendah dari pihak bank. Maka kemungkinan besar kadar sewa ini boleh cover bayaran bulanan anda di bank 5️⃣ Terus membuat untung ketika membeli hartanah tersebut kerana lambakan hartanah yang dijual di bawah harga pasaran 6️⃣ Rumah2 lelong makin banyak kerana pemilik2 hartanah yang tiada holding power akan terpaksa melepaskan hartanah mereka selepas tamat tempoh moratorium
Kepada mereka yang telah menjaga kewangan sebelum krisis ini…pasti inilah masa yg sesuai untuk mempertimbangkan untuk menambah asset.Salak Perdana, Sepang, Acacia Residences Untuk Di Jual
Percuma 2 Penghawa Dingin (Bilik Utama & Ruang Tamu)
Kemudahan Berhampiran
Kolej Teknologi Timur
Malaysia Institute of Technology
Kolej Universiti Nilai
Universiti Manipal
Sekolah Antarabangsa Nilai
Xiamen University
Sepang Mini Stadium
Nilai Medical Center
Hospital USIM
Sheraton Nilai
Pusat Komersial Nilai Square
Ibu Pejabat Polis Sepang
Mitsui Outlet Park KLIA
Perlukan bantuan?
Dapatkan khidmat nasihat hartanah secara PERCUMA dari Pakar Perunding Hartanah kami.Salak Perdana Sepang,Acacia Residences Untuk Di Jual
KUALA LUMPUR: Mereka yang berhasrat menjual atau membeli hartanah di pasaran digesa mendapatkan khidmat ejen yang sah bagi mengelak menjadi mangsa penipuan. “Anda perlu bebas […]
KUALA LUMPUR: Mereka yang berhasrat menjual atau membeli hartanah di pasaran digesa mendapatkan khidmat ejen yang sah bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.
“Anda perlu bebas membuat keputusan dan mengambil masa membuat penelitian dan penyelidikan sendiri. Jangan terlalu berharap kepada ejen untuk melakukan semua perkara itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA), Soma Sundram, berkata ini berikutan kebanjiran ramai ejen tidak sah di pasaran tempatan akibat pengangguran susulan impak COVID-19 selain tidak memerlukan bayaran atau fi tinggi untuk menjadi ejen.
“Jika mengambil khidmat ejen pula, pastikan beliau berdaftar dan telah disahkan kerana hanya ejen sah dapat dipertanggungjawabkan terhadap maklumat yang dikongsi dengan anda.
“Malah, sebarang maklumat salah atau mengelirukan itu juga boleh dimaklumkan kepada firma ejen terbabit bagi tindakan selanjutnya,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi persidangan secara maya anjuran MIEA bertemakan ‘Jangan Mudah Terpedaya Ketika Mencari Tawaran Hartanah Menarik’ di sini, hari ini.
Menurut Soma, kerjasama baik dan kepercayaan antara ejen, penjual dan pembeli juga penting bagi memastikan semua pihak mendapat maklumat sewajarnya.
Sementara itu, Pengasas merangkap Editor portal hartanah KopiandProperty.com, Charles Tan turut menekankan kepentingan melantik ejen yang eksklusif.
Ini berikutan tindakan melantik ramai ejen hanya menggalakkan perebutan atau persaingan sesama ejen dan menyebabkan harga hartanah yang ingin dijual itu menjadi semakin rendah.
“Setiap ejen itu perlu mengenali kawasan terbabit dengan baik, memahami undang-undang serta arah pasaran. Mereka perlu mempunyai pengetahuan mengenai hartanah dan kawasan itu termasuk sama ada ianya berstatus pegangan pajak/bebas, jarak dan keadaan lalu lintas selain pengurusan hartanah, pembangunan, penyelenggaraan, kemudahan dan sebagainya.
“Anda juga boleh mendapatkan pandangan pihak kedua bagi mempratikkan tindakan yang sewajarnya,” katanya.
Menurut Tan, selain mendapatkan khidmat profesional, ejen boleh dipercayai serta perunding, mereka juga perlu menggunakan khidmat peguam dan bank yang bagus untuk menjimatkan masa dan kos dalam satu-satu proses terbabit.
Persidangan secara maya itu dianjurkan bersempena kempen kesedaran awam #MYREALAGENTS oleh MIEA untuk mendidik masyarakat mengenai keperluan menggunakan khidmat ejen hartanah berdaftar dan pihak perantara boleh dipercayai bagi tujuan transaksi hartanah.
Harga rumah dijangka turun sehingga 10 peratus susulan impak negatif penularan COVID-19, demikian pandangan peserta industri. Presiden Institut Ejen Harta Tanah Malaysia (MIEA), Lim Boon […]
Harga rumah dijangka turun sehingga 10 peratus susulan impak negatif penularan COVID-19, demikian pandangan peserta industri.
Presiden Institut Ejen Harta Tanah Malaysia (MIEA), Lim Boon Ping, berkata impak penularan COVID-19 akan mendorong peralihan ketara dalam transaksi pasaran hartanah di negara ini.
Beliau berkata, pelarasan harga dan transaksi hartanah dijangka berlaku seperti situasi yang berlaku ketika pasca Krisis Kewangan 1997.
“Pasaran hartanah dijangka melihat pelarasan dalam harga sekitar kira-kira 10 peratus,” katanya dalam satu kenyataan mengulas mengenai tinjauan pasaran hartanah pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sementara itu, Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Datuk Ir Soam Heng Choon, berkata pihaknya menjangka pasaran hartanah akan perlahan dengan sedikit pelarasan harga susulan impak penularan COVID-19.
Namun begitu, beliau berkata, sebanyak mana pelarasan harga berlaku, ia bergantung kepada prestasi ekonomi benar dalam tempoh enam hingga sembilan bulan akan datang.
Jelasnya, keadaan itu bergantung kepada bekalan dan permintaan serta melihat kepada situasi pasaran pekerjaan dalam beberapa bulan akan datang.
Jika terdapat mereka yang gagal membayar pinjaman rumah berikutan kehilangan pekerjaan dan pengurangan pendapatan serta kemungkinan selepas tempoh moratorium bank enam bulan, sudah pasti penjual terdesak bersedia untuk menjual hartanah mereka di bawah harga pasaran, katanya.
“Kami tidak mempunyai ‘bola kristal’ yang dapat memberi jawapan. Yang lain hanya meneka. Kita perlu melihat dalam beberapa bulan ke depan bagaimana pasaran pekerjaan. Ia bergantung kepada isu penawaran dan permintaan,” katanya.
Sementara itu, PropertyGuru Malaysia, sejajar dengan komitmennya untuk meneruskan tanggungjawab sebagai penasihat hartanah negara, menjangkakan kesan terhadap sentimen pencari rumah bersifat sementara dengan prospek pemulihan dalam jangka terdekat.
Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia, Sheldon Fernandez, berkata pendapatan dan pekerjaan telah terjejas teruk oleh penutupan premis perniagaan yang tidak disenaraikan dalam perkhidmatan penting semasa PKP, dan banyak rakyat Malaysia kini mengutamakan isu kehidupan seharian.
Beliau berkata, sentimen yang lembap itu berkemungkinan berterusan sehingga separuh kedua 2020, namun langkah seperti pengumuman pakej rangsangan ekonomi dan penangguhan selama enam bulan dalam pembayaran balik pinjaman boleh membantu pasaran untuk bangkit semula nanti.
Kalau anda memang dah lama menaruh impian untuk memiliki rumah sendiri, mesti anda dah ke merata tempat untuk mencari rumah yang bukan sahaja sesuai dengan […]
Kalau anda memang dah lama menaruh impian untuk memiliki rumah sendiri, mesti anda dah ke merata tempat untuk mencari rumah yang bukan sahaja sesuai dengan keperluan anda, tetapi juga dalam linkungan bajet yang anda ada. Covid19 – Adakah Sekarang Masa Yang Sesuai Untuk Membeli Rumah?
Sebelum ni, kita biasa dengar orang kata “Selagi anda ada kewangan yang kukuh, bila-bila pun boleh jadi masa yang terbaik untuk membeli hartanah”.
Tetapi kita sekarang sedang berhadapan dengan keadaan yang genting dan tak menentu.
Dengan apa yang sedang berlaku disebabkan oleh pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), terus-terang kami katakan yang sentimen pembeli rumah (yang mana sudah berkurangan) kini makin menurun.
Anda mungkin tertanya-tanya: Adakah membeli rumah sekarang idea yang bagus, atau patutkah anda tunggu dan lihat dulu? Keputusan ini akan kami teliti dengan lebih dalam lagi, jadi teruskan membaca!
Jawapan ringkas dan mudah: Ya, terutamanya kerana anda sebenarnya membeli untuk anda dan/atau orang yang anda sayangi untuk menetap – dengan syarat anda mempunyai kewangan untuk melakukannya. Bacalah dengan lebih lanjut untuk mengetahui mengapa!
Simpan Duit Untuk Membeli Rumah, Atau Simpan Duit Untuk Waktu Susah Nanti?
Buat masa ni, ramai yang memang fokus pada satu benda saja: Untuk terus hidup.
Isu-isu harian (seperti mencari keperluan asas) dah menjadi nombor satu; apa-apa saja perbelanjaan yang tak perlu akan dikurangkan atau dibuang terus.
Sekarang pun ramai yang tengah kesusahan sebab ada yang kena potong gaji, dan yang paling teruk, kena buang kerja.
Dengan pendapatan yang tak stabil, mereka terpaksa hidup dengan tahap kewangan “cukup-cukup makan”.
Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) pula mencatatkan gambaran suram: Pendapatan purata isi rumah akan mengalami penurunan sebanyak 12% pada tahun 2020.
Salah satu faktor utama yang menyumbang kepada kejatuhan mendadak ni ialah 70% Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia kehilangan lebih daripada 50% pendapatan semasa PKP, berdasarkan kaji selidik dalam talian.
Ini adalah sangat penting kerana pada tahun 2017:
#PKS terdiri daripada 97% perniagaan di Malaysia #Menyumbang 37% daripada KDNK negara #Menyumbang 65% ke arah pekerjaan negara
Persatuan PKS Malaysia menganggarkan 1 juta orang bakal kehilangan kerja selepas PKP, manakala Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia pula menganggarkan 2.4 juta risiko hilang pekerjaan jika PKP dilanjutkan lagi dua minggu.
Oleh itu, pihak kerajaan telah bertindak pantas dalam memperkenalkan macam-macam langkah yang dirancang khas untuk membantu demografi yang tertekan dengan kos sara hidup, dan diharapkan dapat membantu mereka membina semula simpanan mereka.
Ini termasuk caruman sukarela KWSP yang telah disemak semula, pengeluaran RM500 sebulan daripada Akaun 2 KWSP, bayaran bantuan kos sara hidup (Bantuan Sara Hidup dan Bantuan Prihatin Nasional), dan penangguhan pembayaran balik pinjaman oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Di samping itu, penganalisis (termasuk BNM) yakin yangindustri hartanah cukup berdaya tahan, dan akan melonjak semula.
Ramalan ini disokong oleh pergerakan harga, jumlah, dan nilai semasa kemelesetan dan wabak virus yang pernah berlaku pada masa lalu.
Tambahan pula, inisiatif dan langkah untuk mengatasi masalah kediaman tak terjual (overhang), seperti Kempen Pemilikan Rumah (HOC) juga banyak diperkenalkan dalam beberapa tahun ni.
Jadi, keadaan sekarang mungkin dapat memberikan ruang pada pasaran hartanah untuk menangani masalah tersebut.
Rumah adalah satu keperluan, bukan kemahuan – TAPI ?
Bila Agaknya Pasaran Hartanah Akan Betul-Betul Melonjak Semula?
Adalah soalan yang sangat bagus, dan kami pasti ramai yang tertanya-tanya soalan yang sama dalam benak pemikiran mereka untuk sekian lamanya!
Pertama sekali, mari kita lihat apa yang membuatkan industri hartanah tempatan ni sangat berdaya tahan.
Rumah adalah satu keperluan, bukan kemahuan. Berdasarkan Hierarki Keperluan Maslow, salah satu faktor penting yang manusia tak boleh kalau tak ada (selain dari udara, air, dan makanan) adalah tempat perlindungan.
Jadi, orang memang akan membeli ataupun menyewa rumah. Permintaan untuk rumah memang sedang mengalami tekanan, berikutan tempoh krisis yang berterusan.
Tapi, selepas kita semua melepasi tahap tu, masa tulah minat yang mendadak akan mula menyerang pasaran hartanah sekali lagi.
Tahukah anda yang China telah menyaksikan peningkatan jualan hartanah sebanyak tiga kali ganda di 30 bandar Tier 1 dan Tier 2 pada bulan Mac, selepas tamatnya tempoh kritikal mereka berdepan dengan wabak COVID-19?
Oleh itu, untuk menjawab soalan di atas: Ramalan terawal kami untuk pemulihan pasaran adalah H1 2021. Tetapi, mengapa?
Ini adalah kerana pemulihan pada masa lalu telah mengambil masa dari setahun, sehingga 2 tahun maksimum.
Namun, kerana COVID-19 dan PKP adalah peristiwa yang belum pernah terjadi sebelum ni, itu hanyalah anggaran terbaik kami.
Yang Harus Anda, Sebagai Pembeli Rumah Kali Pertama, Lakukan Sekarang?
Jawapan paling mudah dan ringkas ialah: Sekarang adalah masa yang bagus untuk membeli rumah untuk kegunaan anda sendiri!
Sebabnya anda akan mendapat kediaman untuk anda dan/atau mereka yang disayangi duduki – dengan syarat anda kenalah ada kewangan yang stabil untuk membeli!
Secara idealnya, masa ‘terbaik’ untuk membeli hartanah yang dah lama anda impikan tu ialah semasa harga permintaannya yang tengah menurun mula berpatah balik dan akan meningkat semula.
Ini dikenali sebagai fasa “bottoming-out” atau di mana harga hartanah rumah jatuh ke paras yang paling rendah.
Untuk pengetahuan anda, dengan kemerosotan dalam industri hartanah, pemaju sebenarnya terdorong untuk buat apa saja yang mereka boleh untuk menambah nilai kepada hartanah mereka yang tak terjual (berita baik jika anda inginkan unit baru).
Walaupun tanpa HOC, mereka telah menawarkan pelbagai tawaran menarik. Kini, mereka mempunyai lebih banyak pakej dalam talian.
Lebih-lebih lagi, permintaan harga (jika anda melihat pada pasaran subsale) sedang berkurangan (telah menurun sejak Q4 2016), dan model pembiayaan telah menjadi lebih kondusif untuk pembeli.
Tanggungjawab kewangan terbesar yang perlu anda hadapi – ansuran bulanan selama 30 tahun akan datang – kini juga akan mengalami pengurangan.
Semua ni kerana tahap faedah yang diturunkan berikutan pemotongan Kadar Dasar Semalaman (OPR) BNM: Ia sekarang berada pada tahap yang sangat rendah iaitu 2.00%!
Membandingkan nombor itu kepada 8%-9%, atau kepada kadar dua digit yang pernah ada pada masa lalu, bayaran balik anda akan menjadi lebih rendah setiap bulan kerana adanya penurunan kadar faedah pinjaman (jika anda mempunyai pinjaman perumahan dengan kadar boleh ubah).
Bagi pembeli rumah yang masih mencari-cari pinjaman perumahan baru, kini anda boleh mendapatkan perjanjian dengan kadar faedah yang lebih rendah dan kami juga menyediakan pembelian rumah tanpa deposit– KLIK DI SINI
Jadi, jika anda ingin membeli hartanah sekarang, kami rasa cara yang paling bijak ialah untuk mengambil pendekatan yang lebih holistik dalam memiliki rumah.
Katakan anda adalah seseorang yang mempunyai Nisbah Khidmat Hutang (DSR) yang bagus, dan ada simpanan yang mencukupi untuk keadaan kecemasan, anda sebenarnya berada dalam kedudukan yang sangat menguntungkan!
Pembeli tak sepatutnya tengok samada mereka mampu untuk menanggung kos permulaan untuk memiliki rumah saja, tetapi kena juga tentukan samada mereka mampu atau tak nak cari duit bayaran bulanan, selain menyesuaikan diri dengan perbelanjaan lain.
#COVID19 – Situasi Semasa Pandemik COVID-19 Di Malaysia
Jumlah Kes COVID-19 Di Setiap Negeri Di Malaysia Dikemaskini sehingga 17 Mei 2020, 6pm, Sumber: Crisis Preparedness & Response Centre (CPRC), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Bertindak hari ini tanda sayang kepada mereka Sediakan payung sebelum hujan☂️ Sediakan Hibah untuk keluarga tersayang 🎁 Nak tinggalkan RM200,000 untuk family kena istiqomah menyimpan sebln RM200 selama 84 thn.
Tetapi !!! Di Takaful Ikhlas dgn serendah RM89 ada pelan yg melindungi pasangan suami isteri, RM200,000. Mana yg lebih berbaloi??? Kpd tuan/puan yang tgh servey Hibah Takaful, jom pm saya utk dapatkan quotation yg sesuai & berbaloi dgn kemampuan anda.
Siapa yang duduk area Puchong..kalau nak dapatkan pokok2 bunga dan lain-lain serta peralatan berkebun, agar rumah nampak cantik dan segar & Untuk Kebun bandar anda boleh
Cara Beli Rumah & Property Pada Tahun 2020 – 2021 Anda bersedia membeli rumah sekarang beli rumah tanpa deposit 2021 Cara pembelian rumah di Malaysia […]
Anda bersedia membeli rumah sekarang beli rumah tanpa deposit 2021 Cara pembelian rumah di Malaysia
Beli rumah tapi tak pasti caranya? Mungkin Artikel Cara Beli Rumah Pada Tahun 2020 – 2021 boleh membantu anda membeli rumah yang anda impikan.
Dalam Artikel Cara Beli Rumah Pada Tahun 2020 – 2021 kita akan bercerita mengenai Cara Beli Rumah Second Hand. Pembelian rumah second-hand adalah berbeza dengan pembelian rumah lelong ataupun dari pihak pemaju.
Jom ikuti Cara Beli Rumah!
1 : Ketahui Kos Membeli Rumah
Sebelum anda membuat apa-apa, anda perlu tahu samaada anda mempunyai wang yang mencukupi. Oleh itu, anda patut mengetahui kos untuk membeli rumah.
Mula- mula cuba buat anggaran harga rumah yang anda nak beli.
Sebagai contoh, Harga rumah yang nak beli RM300,000 dan harga pinjaman perumahan RM270,000 ( 90% margin x harga rumah)
Tuliskan kos membeli rumah seperti berikut. a. Deposit Rumah :
10% x Harga Rumah RM300k= RM30,000
b. Yuran guaman SPA & Duti Setem :
3-4% x Harga Rumah = RM9000-RM12,000
c. Yuran Guaman Loan & Yuran Penilaian Bank ( boleh dipinjam sekali dengan pinjaman perumahan) :
2-3% x Harga Pinjaman RM270,000 = RM5400 – RM8100
Jumlah kos membeli rumah : RM44,400 – RM50,100
Lebih kurang 15%-17% dari harga rumah.
Kos membeli rumah diatas tidak termasuk, pembelian insuran, perabot, renovation dan lain-lain kos. Mungkin anda, perlu menyimpan lebih sedikit.
cara beli rumah
2 : Semak CCRIS Report
Anda perlu semak CCRIS Report. Ya, semak CCRIS report.
CCRIS report adalah dokumen yang penting dan digunakan oleh pihak bank untuk menganalisis kedudukan kewangan anda.
Di dalam CCRIS Report akan tersenarai segala hutang-piutang anda dengan pihak bank. Bukan itu sahaja, report itu juga akan memberitahu pihak bank samaada anda membayar hutang bulanan dengan up-to-date atau tidak membayarnya langsung.
Melalui CCRIS Report, pihak bank dapat membaca karakter seseorang peminjam samaada anda peminjam yang baik atau sebaliknya.
Anda boleh mendapat CCRIS report di Bank Negara atau pun melalui CTOSCredit.com.my
cara beli rumah 2020
3 :Semak Kelayakkan Untuk Pinjaman
Untuk mengetahui samaada anda layak mendapat pinjaman, anda mempunyai 3 cara untuk mengetahuinya.
Cara Pertama: Walk-in ke mana-mana bank dan approach jurubank untuk tolong mengira kelayakkan anda. Pastikan anda membawa CCRIS report sekali. Tetapi, bukan setiap bank mempunyai garis panduan yang sama. Mungkin anda kena walk-in ke beberapa bank untuk mendapat kepastian.
Cara Kedua: Anda boleh menelefon kami di MalaysiaHousingLoan.com dan perunding perumahan kami akan menolong anda mengira Kelayakkan. Kami akan mengira berdasarkan garis panduan beberapa bank. Dari situ kami boleh terus rekomenkan jurubank yang boleh menolong anda. Jika berminat, hubungi kami di 012-6946746.
Cara Ketiga: Anda boleh membuat pengiraan sendiri dengan menggunakan formula ini.
Debt Service Ratio ( DSR) = ( Jumlah Hutang baru + Jumlah Hutang lama) / gaji bersih x 100
DSR hendaklah kurang dari 70%. Sebagai contoh, Jumlah hutang Baru ( instalment rumah yang baru)
= RM2000
Jumlah Hutang Lama :
Pinjaman Peribadi : RM300
Pinjaman Kereta : RM500
Jumlah Komitmen Lama : RM800
Jumlah Komitmen ialah : RM2000 + RM800 = RM2800
Katakan gaji bersih anda ialah RM5000. Ini ialah DSR anda.
DSR 56% = RM2800 / 5000 x 100
DSR 56% adalah kurang dari 70%. Oleh itu, anda mempunyai peluang yang tinggi untuk mendapat kelulusan bank.
cara beli rumah 2020
4: Survey Rumah
Bila anda sudah membuat 1-3, bolehlah sekarang untuk buat research cari rumah untuk beli.
Sebelum itu anda harus tahu, apakah tujuan anda membeli rumah ini? Untuk tinggal disini ataupun untuk pelaburan.
Beli Rumah untuk tujuan pelaburan adalah agak berbeza dengan beli rumah untuk tinggal sendiri.
Selepas itu, tulis di sekeping kertas dan catatkan rumah apa yang anda mahukan.
Contohnya, Nak beli rumah aparment yang ada lift.
Rumah yang lebih kurang 10 kilometre dari tempat keje.
Rumah yang ada 3 bilik dan 2 tandas.
Rumah yang ada dua parking.
Harga Rumah dalam RM300,000. Maksima RM320,000.
Selepas itu, cuba survey rumah yang berdasarkan catatan anda. Anda mungkin tidak akan mendapat semua yang anda hendaki, tetapi anda akan mungkin mendapat sedikit dari list tersebut.
Catatan itu juga penting supaya anda tidak over budget bila membeli rumah. Kadang-kadang dalam proses mencari rumah yang sesuai kita akan lupa mengapa kita membeli rumah tersebut. Dan catitan ini akan mengingatkan kita.
cara beli rumah 2020
5: Beli Rumah
Anda sudah menjumpai rumah yang sesuai dan bersedia untuk membeli rumah tersebut.
Anda perlu pastikan yang anda hanya meletak deposit tidak melebihi dari 3.18% dari harga rumah kepada agent hartanah.
Pastikan anda memberi cek dan bukan wang tunai kepada agent tersebut.
Dan pembayaran tersebut haruslah kepada syarikat agent hartanah tersebut dan bukan nama individu.
Harus juga anda memberitahu agent tersebut yang anda memerlukan geran rumah dan Perjanjian Jual Beli yang terdahulu untuk membuat pinjaman dan agent tersebut harus mendapatkannya dari penjual.
cara beli rumah 2020
6: Mendapatkan Pinjaman Perumahan
Anda perlu sediakan dokumen dan pada masa yang sama bolehlah apply beberapa bank, mungkin dalam 2-3 bank.
Bila salah satu sudah mendapat kelulusan, anda bandingkan dan sign letter offer dengan satu bank sahaja.
Anda juga harus menandatangani perjanjian pinjaman dengan pihak bank dengan loan lawyer.
cara beli rumah 2020
7: Pilih SPA Lawyer
Sekarang anda harus memilih seorang SPA lawyer untuk membuat Perjanjian Jual Beli. Sebenarnya, semasa menunggu kelulusan bank, anda juga boleh start mencari SPA lawyer yang sesuai.
Calon-calon SPA lawyer yang bagus adalah yang efficient, cepat dan menjawab semua soalan anda dengat tepat.
Anda juga boleh menguna lawyer bank untuk menjadi SPA lawyer tapi jangan lupa untuk mendapatkan diskaun!
Kami juga mempunyai lawyer firm yang bagus untuk mengendalikan SPA dan Loan. Jika anda memerlukan quotation boleh lah klik disini.
Request SPA & Loan Quotation
cara beli rumah
8 : Jurunilai Bank Akan Site-visit Rumah
Jurunilai bank akan menelefon anda untuk membuat site-visit rumah yang dibeli.
Anda harus mengaturkan site-visit tersebut dengan agent atau penjual.
Jurunilai bank akan membuat valuation report yang menyatakan harga pasaran rumah tersebut.
Valuation Report akan dihantar ke bank. Jika valuation report lambat sampai ke pihak bank , ia akan menyebabkan kelambatan proses pengeluaran duit ke penjual dan anda mungkin akan dikenakan penalti dari penjual.
cara beli rumah
9: Follow up SPA dan Loan Lawyer
Kemungkinan anda akan mendapat kunci rumah dalam 3-4 bulan utk rumah freehold dan 5-6 bulan untuk rumah leasehold.
Sementara menunggu, anda juga perlu follow up lawyer anda untuk memastikan tiada proses kelewatan berlaku.
Mungkin anda boleh call lawyer anda setiap 2 minggu untuk mendapat update proses pembelian rumah anda.
cara beli rumah
10: Dapat Kunci Rumah
Akhirnya, selepas berbulan-bulan menunggu, anda dapat kunci rumah tersebut.
Tapi jangan lupa untuk memastikan, bil-bil rumah telah diselesaikan oleh penjual atau pembayaran dibahagikan adil semasa mendapat kunci rumah.
Sekarang, enjoy dan masa untuk renovate and shopping ! Yay!