Ini Panduan Lengkap Beli Rumah Pertama Dengan Akaun 2 KWSP

Di antara halangan terbesar pembeli rumah adalah nak sediakan deposit 10% daripada harga rumah yang selalunya berjumlah ribuan ringgit dan ada juga yang mencecah puluhan ribu ringgit.

Kemampuan kewangan rakyat Malaysia khususnya golongan muda seakan-akan mustahil kerana faktor pendapatan isi rumah di Malaysia yang dilabelkan sangat rendah.

Baca : Kalau Tiada KWSP, Apa Kita Nak Buat?

Menurut Bank Negara, 4.4 juta rakyat Malaysia memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM2,160 atau kurang menerusi Laporan Tahunan 2018 Bank Negara Malaysia.

Selain daripada itu, Dr Suraya Ismail yang merupakan Pengarah KRI Institute berkata, jika paras upah meningkat di bandar-bandar utama yang lain, ia mampu meningkatkan keinginan orang ramai untuk mencari peluang di negeri lain, sekali gus mengurangkan kepadatan penduduk di Lembah Klang.

Baca : Kita Boleh Keluarkan Duit Akaun 1 KWSP Untuk Melabur Unit Trust

“Entry fee untuk sebuah rumah di Malaysia sangat mahal dan menjadi punca anak muda terus menyewa.”

Masalah ini nampak seolah-olah tiada penyelesaiannya. Tapi tunggu dulu!

Tahukah anda, terdapat cara yang lebih mudah, efektif dan sah di sisi undang-undang untuk kita yang ada masalah tak cukup duit deposit untuk membeli rumah?

Seorang rakyat Malaysia yang mempunyai caruman KWSP mampu menggunakan wang di dalam Akaun 2 untuk membeli hartanah.

Baca : Jenis-Jenis Pengeluaran KWSP Dan Cara-Caranya

KWSP merupakan sebuah badan yang ditubuhkan pada tahun 1991 oleh Tan Sri Samsudin Osman untuk membantu pekerja menyimpan sejumlah wang setiap bulanan secara konsisten, sebagai jaminan apabila pencen kelak.

Bagi membantu lebih ramai rakyat Malaysia memiliki rumah sendiri, artikel ini akan mengupas tentang panduan beli rumah menggunakan Akaun 2 KWSP.

Panduan Lengkap Beli Rumah Dengan Akaun 2 KWSP

KWSP membenarkan pencarum untuk merancang persaraan mereka dengan selesa dengan membenarkan pengeluaran wang dari Akaun 2 untuk pembiayaan pembelian rumah.

Dek kerana harga rumah yang semakin melonjak naik dan menyesakkan dada rakyat Malaysia tatkala melihat tanda harganya, KWSP membantu apa yang tampak mustahil menjadi satu kenyataan.

Baca : i-Invest KWSP : Ahli Sudah Boleh Beli Sendiri Unit Trust Dengan Kos Lebih Rendah

Syarat Beli Rumah Pertama Dengan Akaun 2 KWSP

  • Warganegara Malaysia atau Bukan Warganegara Malaysia
  • Umur di bawah 55 tahun
  • Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 di dalam Akaun 2
  • Tidak pernah membuat pengeluaran perumahan / membuat pengeluaran perumahan
  • Pinjaman yang diluluskan daripada peminjam yang diiktiraf ATAU
  • Melalui skim sewa kepada sendiri ATAU
  • Pembiayaan sendiri
  • Membeli hartanah jenis kediaman

Apa Yang Kita Boleh Keluarkan Untuk Beli Rumah Pertama

Pengeluaran IndividuPengeluaran Bersama
Pinjaman PerumahanPerbezaan di antara harga belian dan jumlah pinjaman yang diluluskan + 10% daripada harga belian ATAU Seluruh tabungan dalam Akaun 2 (yang mana lebih rendah) Perbezaan antara harga belian dan jumlah pinjaman yang diluluskan + 10% daripada harga belian   ATAU Penjimatan keseluruhan pemohon dalam Akaun 2 (yang mana lebih rendah)
Pembiayaan SendiriKos pembelian + tambahan 10% ATAU Seluruh tabungan dalam Akaun 2 (yang mana lebih rendah)Kos pembelian + tambahan 10% ATAU Penjimatan keseluruhan Akaun 2 pemohon (yang mana lebih rendah)

Apa Yang Anda Perlukan Untuk Beli Rumah Dengan Akaun 2 KWSP

  • Borang KWSP 9C (AHL) dan Senarai Semak
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk pengemukaan mel / pengesahan cap ibu jari
  • Salinan dokumen pengenalan yang asal untuk pengesahan (Bukan pemegang MyKad sahaja)
  • Perjanjian Jual Beli – tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan
  • Buku catatan atau salinan penyata akaun bank anda (untuk tujuan pengesahan)

Info Untuk Pembeli Rumah Pertama Dengan Akaun 2 KWSP

Buat pengetahuan anda, ciri iri pinjaman atau pembiayaan rumah adalah berbeza untuk rumah pertama dan rumah kedua.

Di dalam artikel ini, kami hanya menerangkan tentang penyusunan dokumen yang diperlukan bagi pembeli rumah pertama dengan Akaun 2 KWSP.

Setiap dokumen adalah wajib dan diperlukan dalam memastikan segala proses permohonanan anda berjalan dengan lancar.

1. Pinjaman

Bukti PembelianPerjanjian Jualan dan Pembelian (tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
Bukti PembiayaanSurat Kelulusan Pinjaman Perumahan ATAU Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan DAN Perjanjian Pinjaman Perumahan / Borang Gadaian 16A / Surat Ketetapan Penyerahan / Surat Ikatan yang ada dalam nama ahli / pasangan* Jika kelulusan pinjaman melebihi satu tahun
Bukti HubunganSijil perkahwinan ATAU Sijil kelahiran Wajib untuk pengeluaran bersama dengan suami / isteri / orang tua / mertua / orang tua angkat / ibu bapa langkah / anak / langkah anak / anak angkat / adik-beradik.

2. Pembiayaan Sendiri

Bukti PembelianPerjanjian Jualan dan Pembelian (tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
Bukti PembayaranPenerimaan pembayaran tidak kurang daripada 20% daripada harga hartanah
Bukti Pembelian TunaiSurat Pengesahan Pemaju mengenai pembelian tunai. Mesti mengandungi maklumat mengenai butiran hartanah
Bukti PembinaanSurat Pengesahan Pemaju mengenai pembelian tunai. Mesti mengandungi maklumat mengenai butiran hartanah. Sijil Arkitek / Surat Permintaan Pembayaran untuk kemajuan pembinaan tidak kurang daripada 20% ATAU Certificate of Fitness – CF / Certificate of Occupation- CO
Bukti HubunganSijil perkahwinan ATAU Sijil kelahiran Wajib untuk pengeluaran bersama dengan suami / isteri / orang tua / mertua / orang tua angkat / ibu bapa langkah / anak / langkah anak / anak angkat / adik-beradik

Ya, memang segala syarat dan dokumen yang diperlukan adalah sedikit melecehkan, tetapi sekiranya segala dokumen anda lengkap, KWSP hanya mengambil masa kurang daripada 15 hari untuk meluluskan permohonan anda!

Pastikan anda merancang pembelian rumah pertama dan persaraan dengan baik supaya tidak mengalami masalah kewangan di masa hadapan.

Sekiranya anda masih kurang faham dengan penjelasan dari artikel ini, jangan khawawtir kerana anda boleh hubungi pihak KWSP.

Khidmat Pelanggan: Pertanyaan KWSP
Nombor Telefon: 03-89226000

sumber rujukan : https://www.majalahlabur.com/pelaburan-hartanah/ini-panduan-lengkap-beli-rumah-pertama-dengan-akaun-2-kwsp/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kalkulator Pembiayaan

February 25, 2020

Download document

Enter your email before downloading this document

Compare